Monday, March 3, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam raikan 28 Muslimah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Seramai 28 ahli muslimah masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata diraikan dalam Majlis Khatam Al Quran yang berlangsung di masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang julung kali diadakan oleh Muslimah masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata Gadong itu adalah Ustazah Nuramirah bte Muhamad Juhari.

    Ketua Muslimah masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata, Hajah Katalina binti Haji Md Said dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan bahawa bilangan ahli Muslimah masjid semakin bertambah dan ianya menunjukkan satu perkembangan yang baik.

    “Dengan adanya majlis seumpama ini, ianya akan dapat menyuntik semangat Muslimah untuk terus membaca Al-Quran dan mempelajari seterusnya dapat Khatam Al-Quran di masa-masa akan datang,” jelasnya.

    Di majlis itu, bacaan takhtim di ketuai oleh Hajah Kasminah binti Ghulam Mohamad manakala bacaan doa khatam dibacakan oleh Hajah Aida binti Asin.

    Majlis diserikan dengan dikir Marhaban diketuai oleh Hajah Maisalamah binti Haji Mumin dan doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Ustazah Nurhafizah binti Haji Ismadi.

    Turut hadir adalah Imam Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata, Abdul Azim bin Haji Ismail, dan Mohd Hafiz Nur Adib bin Abd Manaf, AJK masjid dan pelajar-pelajar kelas mengaji di masjid berkenaan.

    Atas & Bawah: Antara peserta khatam yang diraikan di majlis berkenaan.

    Tetamu kehormat bersama tetamu khas yang lain di majlis berkenaan.
    Antara yang hadir menyaksikan majlis berkenaan.
    Gambar beramai peserta yang diraikan bersama tetamu kehormat majlis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda