Tuesday, November 26, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam raikan bakal graduan Politeknik Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Seramai 722 orang bakal graduan Politeknik Brunei telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Universiti Brunei Darussalam pagi tadi bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei Ke-10.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Doktor Haji Azman bin Ahmad.

    Majlis khatam yang disertai 365 bakal graduan lelaki dan 407 bakal graduan perempuan itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan pembacaan Takhtim oleh peserta-peserta khatam.  Bacaan Doa Khatam kemudiannya dibacakan oleh Md Akmal Hadif Bin Md Shah @ Md Lutfi Hadi bakal graduan Level 5 Digital Media dan kemudian diteruskan dengan Dikir Marhaban. 

    Tujuan majlis berkenaan diadakan adalah untuk memartabatkan Al-Qur’an sebagai dasar segala ilmu di samping mengambil sukut barakah Wahyu Allah dan diungkayahkan oleh Unit Pendidikan Islam, Bahagian Pengajian Am, PB, sebagai salah satu acara kemuncak bagi setiap majlis konvokesyen di Politeknik Brunei sepertimana lazimnya.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup oleh imam Masjid Universiti Brunei Darussalam, Yang Mulia Imam Pg Naseruddin bin Pg Hj Abu Bakar.

    Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei Ke-10 akan diadakan pada 24 Oktober 2024 (pagi dan petang), sebanyak dua sesi, di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.  Seramai 882 orang graduan akan menerima sijil Diploma Level 5 masing-masing di majlis berkenaan.

    Turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah, Penolong-penolong Pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai–pegawai, tenaga pengajar dan kakitangan Politeknik Brunei. 

    Suasana sekitar majlis khatam berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda