Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam semarak Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Bagi memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, jemaah Tadarus Subuh Masjid Kampung Mentiri telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, hari ini.

    Majlis telah dihadiri dan disertai oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Amir Hisham bin Masri; Penasihat Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mentiri, Haji Abdul Ghani bin Haji Abu Bakar dan Pemangku Ketua Kampung Mentiri, Haji Bujang bin Sabtu.

    Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Haji Abdul Ghani memulakan majlis sebelum bacaan surah-surah lazim yang bermula daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas yang diketuai oleh Bilal Masjid Kampung Mentiri, Pengiran Mohammad Alhukman bin Pengiran Haji Sabri.

    Ketua Imam Masjid Kampung Mentiri, Haji Sanip bin Haji Nasar pula mengepalai bacaan Takhtim yang juga membacakan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Majlis berkenaan merupakan kesinambungan dalam memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW di samping menukilkan rasa kesyukuran ahli Tadarus Subuh setelah melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran yang diadakan di masjid berkenaan.

    Antara yang hadir bagi menyertai majlis berkenaan ialah ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Mentiri, MPK dan jemaah Tadarus Subuh Masjid Kampung Mentiri.

    Haji Amir Hisham bergambar ramai bersama jemaah Tadarus Subuh Masjid Kampung Mentiri. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda