Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam semarak Ramadan

    Oleh Hakim Hayat

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Majlis khatam Al-Quran bagi menandakan berakhirnya bacaan 30 juzuk Al-Quran dalam bulan Ramadan telah diadakan di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

    Majlis diadakan di hadapan Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong.

    Majlis telah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan surah-surah Al-Quran yang dipimpin oleh menteri-menteri kabinet dan pembesar negara kemudian disusuli dengan bacaan Takhtim dan Tahlil.

    Doa Khatam telah dibacakan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Manakala itu, Dikir dilaungkan oleh pegawai-pegawai masjid, Doa Dikir pula dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid kemudian Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengiran-Pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, pehin-pehin manteri, menteri-menteri hulubalang, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha-setiausaha tetap dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

    YAM Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith hadir selaku kepala majlis khatam Al-Quran di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan.
    Yang Berhormat menteri-menteri kabinet yang hadir ke majlis itu.
    Doa Khatam dan Tahlil dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda