Monday, September 16, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam sempena Hari Keputeraan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 bagi Tahun 1446 Hijrah/2024 Masihi yang berlangsung di Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), hari ini.

    Majlis serupa juga diadakan secara serentak di semua surau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Masjid Pulau Baru-Baru.

    Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, timbalan-timbalan pemerintah angkatan tentera, Komandan Institut Latihan ABDB (IL ABDB), pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan.

    Turut hadir selaku jemputan khas ialah Penolong Penguasa Bomba, Balai Bomba Muara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Murni bin Haji Misir; Penguasa Kastam Kanan, Cawangan Muara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Awang Faizal Bahrin bin Haji Bujang; Ketua Pos Kawalan Feri Terminal Serasa, Muara, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Hajah Halimah bin Haji Moktar serta Pemangku Penghulu Mukim Serasa dan Ketua Kampung Kapok, Awang Shahminan bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis seterusnya disusuli dengan bacaan Al-Quran dan surah-surah lazim, bacaan Takhtim dan Tahlil beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Doa Khatam Al-Quran.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi juga turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta khatam Al-Quran.

    Majlis khatam Al-Quran yang dikepalai oleh Awang Mohd Rif’at Atiyah bin Anwari dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), merupakan pesambah istimewa kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan bermunajat ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan terus dikurniakan nikmat lanjut usia dan kesihatan serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.

    Acara tahunan itu juga adalah sebagai cetusan wacana taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja yang berdaulat lagi bijaksana yang sangat prihatin, pemedulian dan berjiwa rakyat.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi hadir pada Majlis Khatam Al-Quran kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyampaikan cenderahati kepada peserta khatam Al-Quran pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda