Wednesday, July 3, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Majlis khatam sempena IDADAIT

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Seramai 32 ahli Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) hari ini telah menyertai majlis khatam Al-Quran sebagai menandakan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram (IDADAIT) 2024 yang diadakan di kediaman Yang Di-Pertua BASMIDA di Dewan Masrain, Ar-Raiyan, di Jerudong.

    Pada majlis itu, Yang Di-Pertua BASMIDA, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis bacaan khatam Al-Quran dari Surah Ad-Duha hingga Surah Al-Massad.

    Manakala itu, Takhtim dan Doa Khatam pula dibacakan oleh Hajah Saadiah binti Haji Ibrahim. Majlis kemudiannya diserikan dengan laungan Dikir Marhaban.

    Bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta doa penutup seterusnya dipimpin oleh Hajah Asmah binti Paldin bagi mengakhiri majlis tersebut.

    Majlis bertemakan Bersama bertanggungjawab mencegah penyalahgunaan dan pengedaran dadah haram merupakan salah satu aktiviti keagamaan, kerohanian bagi ahli-ahli untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, mendekatkan diri kepada Allah SWT agar memotivasikan diri bagi terus menjalankan dan melaksankan kegiatan anti dadah dengan memberi nasihat, menerapkan nilai baik dan contoh teladan dalam kalangan ahli keluarga termasuk masyarakat.

    Dengan adanya majlis seumpama itu, akan dapat menggalakkan supaya sentiasa membudayakan pembacaan Al-Quran sebagai amalan harian terutama sekali dalam kalangan keluarga dan ahli belia BASMIDA, di mana ia akan dapat melahirkan lebih banyak lagi masyarakat celik Al-Quran selaras dengan hasrat negara menjadikan sebagai sebuah Negara Zikir.

    Datin Hajah Masni bersama ahli-ahli BASMIDA yang hadir menyertai Majlis Khatam Al-Quran BASMIDA di Jerudong. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kanak-kanak hilang disyaki diserang buaya di Australia

    SYDNEY, 3 JULAI - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang hilang di kawasan terpencil di utara Australia mungkin ‘diserang buaya’, kata polis pada hari...