Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam suntik semangat cinta Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam pagi tadi, telah mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Seluruh Negara Sempena Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadan bagi Tahun 1445H/2024M.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam itu ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Antara tujuan majlis berkenaan adalah untuk menyuntik semangat cinta kepada kitab suci Al-Quran dan beramal dengannya, di samping untuk meningkatkan lagi amalan dalam bulan Ramadan yang mubarak ini.

    Ia juga dihasratkan dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli kumpulan belia masjid seluruh negara sekaligus menyemarakkan lagi masjid dengan aktiviti-aktiviti keagamaan demi menuju ke sebuah Negara Zikir.

    Dengan adanya acara seumpamanya, ia diharapkan dapat membiasakan para belia dan beliawanis untuk membaca Al-Quran setiap masa lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim semasa mengambil bahagian dalam majlis tersebut. – GAMBAR YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam. – GAMBAR YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda