Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam zahir rasa syukur di hujung Ramadan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Jemaah tadarus Al-Quran Subuh Masjid Kampung Sungai Besar menghidupkan penghujung bulan Ramadan dengan Majlis Khatam Al-Quran.

    Majlis itu diadakan sebagai menzahirkan kesyukuran selepas tamatnya pembacaan 30 juzuk Al-Quran di mana ia telah diraikan oleh Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Haji Zaini bin Haji Damit, di kediaman beliau, baru-baru ini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan bacaan Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas yang dikepalai oleh Awang Abdul Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin yang juga membacakan Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Pada majlis berkenaan, Leftenan Kolonel (B) Haji Zaini telah membacakan Doa Tahlil.

    Penasihat Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohidin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan AJK takmir masjid turut hadir dan menyertai majlis yang diselajurkan dengan majlis berbuka puasa.

    Ibadah bertadarus setiap selepas sembahyang Fardu Subuh berjemaah itu diadakan secara istiqamah yang disertai oleh jemaah masjid dan jemaah dari kampung-kampung persekitaran di sini.

    Leftenan Kolonel (B) Haji Zaini bergambar ramai dengan para jemaah pada majlis yang berlangsung di kediamannya, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda