Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis korban terus giat dilaksanakan

    Oleh Salawati Haji Yahya, Nurdiyanah R., Sim Y.H. & Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Sambutan Hari Raya Aidiladha di negara ini terus meriah dengan majlis-majlis ibadah korban yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak secara persendirian atau berkumpulan menerusi masjid dan majlis perundingan kampung.

    Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Lambak Kiri adalah antara yang melaksanakan majlis berkenaan, hari ini, di mana 12 ekor kerbau telah dikorbankan hasil penyertaan 84 orang peserta.

    Daging-daging korban telah diagihkan kepada 68 asnaf fakir miskin dan orang ramai pada majlis yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan Muslimah masjid berkenaan.

    Hadir bagi menyempurnakan agihan daging korban ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Zon 3 Brunei dan Muara, Awang Amin bin Haji Salim dan Penasihat AJK Takmir Masjid POKHPD, Haji Abdullah bin BMDP Haji Bakar.

    Dalam pada itu, AJK Takmir Masjid Kampung Putat dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Putat turut mengadakan majlis serupa di Bangunan Wakaf Masjid Kampung Putat, hari ini.

    Dayang Arbaniah menyampaikan agihan daging korban pada majlis yang berlangsung di PB Kampus Lumut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Daging korban diagihkan kepada para penerima pada majlis kendalian AJK MPK, Takmir Masjid dan Muslimah Kampung Lamunin. – GAMBAR SERAHAN AJK MPK KAMPUNG LAMUNIN
    GAMBAR SERAHAN AJK MPK KAMPUNG LAMUNIN
    Salah seorang penerima agihan daging korban pada majlis kendalian AJK Takmir Masjid Kampung Putat dengan kerjasama MPK Putat, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MASJID KAMPUNG PUTAT & MPK PUTAT
    Kerja-kerja memotong daging korban dilaksanakan di Bangunan Wakaf Masjid Kampung Putat. – GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MASJID KAMPUNG PUTAT DAN MPK PUTAT
    Awang Faidil Rosemady menyampaikan daging korban kepada peserta ibadah korban MPK Berserumpun Kawasan 4, Serumpun Warga Simpang 85 dan Muslimah RPN Panchor Mengkubau. – GAMBAR SERAHAN MPK BERSERUMPUN KAWASAN 4
    Kerja-kerja melapah daging-daging korban yang dilakukan oleh AJK. – GAMBAR SERAHAN MPK BERSERUMPUN KAWASAN 4
    Salah seorang penerima asnaf menerima agihan daging korban mereka di majlis Pengagihan Daging Korban Sunat, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN MPK BERSERUMPUN KAWASAN 4
    Haji Abdullah menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penerima pada majlis di Masjid STKRJ Kampung Lambak Kiri. – GAMBAR SERAHAN AJK STKRJ LAMBAK KIRI
    Kerja-kerja pemotongan daging bagi majlis ibadah korban di Masjid STKRJ Kampung Lambak Kiri. – GAMBAR SERAHAN AJK STKRJ LAMBAK KIRI

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi sama-sama menyempurnakan pengagihan daging kor-ban kepada golongan asnaf fakir miskin, penduduk kampung setempat serta para peserta ibadah korban ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

    Di Daerah Belait, sebanyak 276 kontena daging korban telah diagihkan pada majlis korban anjuran Politeknik Brunei (PB) yang berlangsung di Kampus Lumut, hari ini di mana tiga ekor kerbau telah dikorbankan.

    Daging korban diagihkan kepada wakil pelajar, guru, kakitangan PB serta golongan kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan sekitar kampus itu.

    Hadir pada majlis itu ialah Penolong Pengarah PB, Dayang Arbaniah binti Haji Sablee.

    Majlis pengagihan juga diserikan dengan ceramah khas bertajuk Menghayati Ibadah Korban yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Agama di Pusat Dakwah Islamiah, Awang Abdul Khaliq bin Kamree yang menekankan kepentingan menghargai pengorbanan yang dilakukan semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.

    Sementara itu, kelmarin, AJK MPK, Takmir Masjid dan Muslimah Kampung Lamunin turut menga-dakan majlis seumpamanya yang berlangsung di Kampung Lamunin.

    Tiga ekor kerbau telah dikorbankan daripada seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada penduduk kampung berkenaan.

    Agihan daging ibadah korban telah disampaikan oleh Penghulu Mukim Lamunin, Awang Jaafar bin Haji Tinggal dan Pemangku Ketua Kampung Lamunin, Awang Madeli bin Haji Nawang kepada lebih 100 orang penerima terdiri daripada fakir miskin, golongan asnaf serta penduduk kampung berkenaan.

    Manakala itu, majlis anjuran Jawatankuasa MPK Berserumpun Kawasan 4, Serumpun Warga Simpang 85 dan Muslimah RPN Panchor Mengkubau buat julung kalinya, baru-baru ini, pula mengorbankan dua ekor kerbau daripada 14 orang peserta.

    Majlis pengagihan daging korban sunat kepada penerima yang terdiri daripada peserta, golongan asnaf Kawasan 4, AJK dan tetamu telah diadakan di kediaman Ketua Kampung Kawasan 4 RPN Kampung Panchor Mengkubau, Awang Faidil Rosemady bin Mohamad.
    Majlis diserikan dengan laungan takbir beramai-ramai yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Azmy bin Haji Piut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda