GAMBAR ramai Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman bersama para hakim dan Jawatankuasa Penganjur CIPTA semasa Majlis Makan Malam Penghargaan bagi Panel Hakim CIPTA 2017 di Tarindak D’Seni di ibu negara semalam.
Seramai 10 hakim antarabangsa dan tempatan dari pelbagai latar belakang akademik dan industri terlibat bagi penilaian 38 projek semasa persembahan akhir dan peringkat penilaian pada 28 dan 29 Mac lalu.