BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Untuk menghargai kerja keras dan dedikasi setiap kakitangan atas pencapaian prestasi memberangsangkan, Readymix Concrete (B) Sdn Bhd telah menganjurkan majlis makan malam tahunan ke-35 dengan tema ‘Retro’ baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Nicholas Cocks mengucapkan tahniah kepada para hadirin atas kesetiaan dan sumbangan mereka kepada syarikat. Acara kemuncak pada majlis itu adalah penyampaian anugerah untuk perkhidmatan kakitangan paling lama iaitu 35 tahun kepada Pengurus Besar, Yap Chin Tek, manakala Lim Hui Ling, Awang Salim bin Tuah dan Reynaldo B Bernardez menerima anugerah perkhidmatan untuk 25 tahun. Selain itu, Eliseo III Agbayani Zubiri, Chokchai Suriyasak dan Awang Husin bin Arsjad menerima anugerah perkhidmatan 15 tahun, dan anugerah perkhidmatan 10 tahun diberikan kepada Awang Mohamad Kasyirol bin Kassim, Awang Zainuddin bin Haji Jimbol dan Willie anak Parang.
Majlis makan malam juga diserikan dengan aktiviti permainan dan cabutan bertuah. Syarikat itu juga mengucapkan terima kasih kepada rakan perniagaan atas sumbangan mereka dalam kejayaan yang dicapai oleh syarikat.
Rakan niaga termasuklah Butra Heidelberg Cement (BHC) Sdn Bhd, Daikyo Industrial Gas Sdn Bhd, Interhouse Company, Namthong Enterprise Sdn Bhd, Willis Insurance Brokers (B) Sdn Bhd, B.T. Forwarding, Mandarin Machinery (B) Sdn Bhd, Razzco, Rigoh Sdn Bhd, SQ Stone Sdn Bhd, New Temburong Quarry (NTQ), Malpy Machinery (B) Sdn Bhd, Pualu Salak Quarry Sdn Bhd, Miri Industrial Sdn Bhd, Lithographic Printers & Trading, Salinah Sari Enterprise, Galaxy Hardware, Brunei Press Sdn Bhd dan lain-lain.
