Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Makan Malam sempena Aidilfitri meriah

    Oleh Sim Y. H. –

    TUTONG, 28 APRIL – Semangat perpaduan dan hubungan silaturahim di kalangan penduduk terus dieratkan dengan Majlis Perundingan Mukim (MPM) Lamunin, Tutong, mengadakan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Pusat Kemasyarakatan Dataran Gong Tiga Kampung Lamunin pada 26 April lalu.

    Hadir dalam sama-sama memeriahkan majlis ialah Pegawai Tugas-tugas Khas, Kemajuan Pembangunan Daerah, Jabatan Daerah Tutong, Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Penghulu Mukim Lamunin, Haji Abu Bakar bin Haji Tengah menyentuh mengenai perpaduan dan kesepakatan anak-anak kampung adalahg penting bagi menjayakan mana-mana aktiviti majlis perundingan kampung (MPK) masing-masing.

    Dalam suasana riang ria Hari Raya berkenaan, Biro Pendidikan MPK Lamunin juga memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah dan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama bagi sesi akademik 2024.

    Beberapa orang pelajar juga menerima penghargaan galakan bagi kedua-dua peperiksaan berkenaan.

    Para pelajar yang diraikan adalah mereka yang bersekolah di Sekolah Rendah Lamunin, Sekolah Ugama Khas Lamunin dan Sekolah Ugama Lamunin.

    Penghargaan seumpama itu dapat meningkatkan motivasi pelajar-pelajar untuk terus berusaha bagi mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik.

    Persembahan nyanyian beramai-ramai juga didendangkan daripada Pasukan Terbuka Pengakap 2032 Lamunin dan gabungan ahli jawatankuasa MPM Lamunin yang terlibat.

    Haji Haizul Rizal semasa menghadiri majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MPM LAMUNIN
    GAMBAR SERAHAN MPM LAMUNIN
    GAMBAR SERAHAN MPM LAMUNIN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda