Tuesday, September 24, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Maulidur Rasul erat silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Seramai 22 orang terdiri daripada mantan penuntut Sekolah Menengah Sultan Jamalul Alam (SM SMJA) bersama ahli keluarga masing-masing telah menghadiri Majlis Dikir Maulidur Rasul anjuran mantan penuntut sekolah berkenaan di Hotel De Anggrek, Kampung Delima Satu Berakas, baru-baru ini.

    Majlis antara lain bertujuan meraikan dan membesarkan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan mengeratkan hubungan antara mantan penuntut SM SMJA yang telah lama terjalin.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai di-pimpin oleh Pengiran Haji Marzuki bin Pengiran Haji Abdul Rahman diikuti berselawat, dikir dan membaca Doa Kesyukuran bagi memohon keberkatan dan pahala serta syafaat di akhirat nanti.

    Gambar ramai mantan penuntut SM SMJA pada majlis sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW anjuran mantan penuntut sekolah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN HAJI ALI BIN MUSTAPA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda