BANDAR SERI BEGAWAN – Para pelajar alumni Sekolah Menengah Lambak Kiri (SMLK) dari tahun 2019 telah diraikan pada Majlis Anugerah Sekolah Menengah Lambak Kiri pada 26 November lalu.
Hadir selaku tetamu kehormat, ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, untuk memberikan penghargaan kepada para penerima diikuti ucapan alu-aluan dan ucapan tahniah oleh DP Akademik SMLK, Yang Mulia Awang Muhd Hafizuddin bin Abdullah Tong.
Acara ini menyaksikan para graduan mendapat pelbagai anugerah pencapaian dalam kategori Pra-Vocational, Pearson BTEC International, IGCSE dan ‘O Level, dengan hadiah tambahan diberikan kepada graduan yang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan 2019 mereka.
Majlis tersebut tetap menerapkan SOP langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19, sebagai mana para graduan mengenakan pelindung muka dan di samping itu juga, acara menabur bunga rampai dilakukan pada jarak yang selamat serta penyediaan penutup mulut dan hidung dan pelindung muka untuk semua tetamu yang dihadkan.
