Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis menyertu Dewan Serba guna PESATU

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Menyertu Dewan Serba guna Persatuan Saudara-saudara Baharu Daerah Tutong (PESATU) yang baharu di Kampung Tanjong Panjang, Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah serta doa oleh Penolong Pegawai Ugama selaku Penolong Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf), PDI, Pengiran Haji Reduan bin Pengiran Haji Badaruddin, seterusnya acara menyertu dengan dimulakan oleh Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis berkenaan diadakan adalah bagi memastikan kebersihan Dewan Serba guna PESATU dan keselesaan para pengguna dewan berkenaan.

    Kerja-kerja pembinaan Dewan Serbaguna PESATU mula dilaksanakan pada 6 Julai 2023 dengan menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Pentadbiran Am Majlis Ugama Islam Brunei yang berjumlah $794,897.52.

    Manakala, Majlis Peletakan Batu Asas Dewan Serba guna PESATU telah diadakan pada 18 November 2023.

    Dewan Serbaguna PESATU dibina sebagai kemudahan untuk ahli-ahlinya dan para pengguna dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bermanfaat termasuk acara kebajikan dan majlis keagamaan serta program kerohanian bagi mengembangkan syiar Islam di negara ini.

    Pelbagai kemudahan disediakan di Dewan Serba guna PESATU untuk memastikan keselesaan ahli-ahlinya dan para pengunjung seperti bilik sembahyang, tempat berwuduk, bilik stor, tempat letak kereta dan tandas termasuk untuk orang kelainan upaya.

    ATAS & BAWAH : Haji Abdul Rajid menyertai Majlis Menyertu Dewan Serba guna PESATU yang baharu di Kampung Tanjong Panjang, Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda