Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis menyertu masjid baru

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 27 Feb – Penduduk Kampung Sengkarai, Daerah Tutong dan sekitarnya akan mempunyai sebuah masjid yang baru dalam masa terdekat ini dengan siapnya pembinaan masjid baru Kampung Sengkarai.

    Sehubungan itu, majlis menyertu di bangunan masjid baru berkenaan telah diadakan pagi tadi, di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad.

    Majlis menyertu berkenaan bertujuan untuk memastikan kebersihannya sebelum pemasangan permaidani dilaksanakan dan sebelum masjid ini digunakan sepenuhnya.

    Pembinaan masjid berkenaan yang dianggarkan menelan belanja $3,833,535 menggunakan peruntukan Majlis Ugama Islam Brunei melalui wang zakat Asnaf al-Gharimin.

    Masjid baru Kampung Sengkarai, Daerah Tutong.
    Masjid baru Kampung Sengkarai, Daerah Tutong.
    Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama memulakan majlis menyertu.
    Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama memulakan majlis menyertu.

    Bangunan masjid baru berkenaan dibina di atas sebidang tanah berkeluasan lima ekar dan boleh menampung lebih kurang 1,000 orang jemaah.

    Antara kemudahan yang disediakan di masjid tersebut termasuk dewan sembahyang utama (lelaki), dewan sembahyang perempuan, bilik muzakarah, bilik pegawai hal ehwal masjid, bilik imam/ bilal, bilik tetamu khas, bilik kaunseling, bilik bacaan, bilik sistem PA, stor, bilik wuduk lelaki/perempuan dan tetamu khas yang berasingan, bilik pengurusan jenazah, dapur dan tandas bagi jemaah lelaki dan perempuan yang berasingan dan tempat laluan bagi orang kurang upaya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda