Oleh Fadley Faisal – BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari ini menerima lawatan daripada delegasi United Kingdom Armed Forces Parliamentary Scheme (UK AFPS) yang terdiri daripada tujuh orang ahli Parlimen UK dan pegawai-pegawai dari Angkatan Tentera British. Rombongan turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam.

