Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Majlis Olimpik Kebangsaan bakal anjur larian ria

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Sukan Asia, juga dikenali sebagai Asian Games ke-19, akan diadakan di Hangzhou, Republik Rakyat China dari 23 September hingga 8 Oktober tahun ini.

    Dengan hanya tinggal tujuh bulan sahaja lagi, Majlis Olimpik Asia (OCA) kini giat mempromosikan acara pelbagai sukan itu sempena Sukan Asia melalui siri larian ria di semua zon di mana bulan Februari dan Mac telah dijadualkan untuk negara-negara Asia Tenggara termasuk Brunei Darussalam.

    Sehubungan itu, Negara Brunei Darussalam bakal mengadakan larian ria yang akan dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam dengan disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Wakil OCA dan Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 juga akan menghadiri acara Larian Ria Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 di Brunei Darussalam.

    Objektif acara tersebut diadakan adalah untuk melabur dalam generasi muda negara Asia bagi meningkatkan masyarakat dan sukan di rantau ini, dan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat Asia dan menggalakkan penyertaan dalam aktiviti sukan dan kebudayaan; serta bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

    Negara Brunei Darussalam telah dijadualkan untuk menganjurkan Larian Ria Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 pada Ahad, 12 Mac, bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.

    Rentetan itu, tarikh dan masa pendaftaran adalah dijadualkan pada 4 hingga 9 Mac dari jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan di sebelah petang dari jam 2 petang hingga 4 petang.

    Manakala, 10 pemenang terbaik daripada setiap kategori akan menerima pingat sempena memperingati Larian Ria Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022 yang akan dianugerahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam, selaku tetamu kehormat.

    Pingat sempena memperingati Larian Ria Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...