Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majlis PBB undi keanggotaan penuh Palestin hari ini

    NEW YORK, 17 APRIL – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi esok berhubung permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota penuh, menurut beberapa sumber diplomatik.

    Di tengah-tengah serangan Israel di Gaza, rakyat Palestin pada awal bulan ini membangkitkan semula permohonan keanggotaan yang pertama kali dibuat kepada badan dunia itu pada 2011.

    Bagaimanapun, permohonan lama itu dibantah Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto terhadap cadangan berkenaan.

    Perhimpunan Agung boleh menerima negara anggota baharu dengan majoriti dua pertiga undi, tetapi hanya selepas Majlis Keselamatan memberikan cadangannya.

    Blok serantau Kumpulan Arab mengeluarkan kenyataan semalam yang mengesahkan ‘sokongan tidak berbelah bahagi’ untuk permohonan Palestin.

    “Keanggotaan dalam PBB adalah langkah penting ke arah penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi persoalan Palestin selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan,” menurut kenyataan itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...