Saturday, February 8, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis pelancaran dibenarkan, mesti ikut garis panduan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Mana-mana perniagaan seperti yang berkaitan dengan kereta, yang ingin membuat majlis pelancaran, adalah dibenarkan tetapi mesti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

    “Tetapi mereka perlu mengehadkannya kepada 30 orang dan seperti biasa, menggunakan kod QR dan pemeriksaan suhu badan. Itu dimestikan.”

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar berkata sedemikian bagi menjawab persoalan mengenai majlis pelancaran untuk syarikat-syarikat tempatan semasa sesi soal jawab pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menyentuh mengenai makanan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan masih menekankan bahawa bufet adalah tidak dibenarkan dan beliau mengesyorkan untuk menggantikannya dengan makanan ‘pre-pack’.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda