KESATUAN Pelajar Brunei di United Kingdom dan Eire (BSU) telah mengadakan majlis pelantikan ahli Majlis BSU yang baru di Brunei Hall, London, baru-baru ini. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke United Kingdom, Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Rooslina Weti binti Pengiran Haji Kamaludin.
Turut hadir ialah pegawai Unit Pelajar Brunei dan beberapa masyarakat dari pertubuhan Brunei. Majlis diisi dengan majlis pelantikan Awangku Mohammad Hisyam Al-Yura bin Pengiran Haji Zainal Abidin yang memegang peranan sebagai Pemangku Presiden BSU sesi 2019/2020 sehingga penamaan semula kedudukan Presiden dalam beberapa minggu.
Sementara Dayangku Nurin Nabeelah binti Pengiran Haji Abu Bakar dilantik sebagai Naib Presiden Pentadbiran dan Kewangan baru dan Haji Muhammad Furqan Afifi bin Haji Sulaini dilantik sebagai Naib Presiden Koordinasi Serantau.
Muhammad iqbal bin Emran dilantik sebagai Setiausaha Agung baru, Nur Ameerah Fitriah binti Haji Abdul Rahim dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung. Nur Rabiah binti Haji Jalil dilantik sebagai Setiausaha Kewangan dan Awangku Muhammad Zakwan Adli bin Pengiran Dr Abdul Razak dilantik sebagai Setiausaha Maklumat baru.
Mohd Harith Syafiq bin Mohd Halim dan Dayang ‘Afifah binti Haji Mat Dani dilantik sebagai Setiausaha Ugama dan Nurhalimah Basyirah binti Jamaludin sebagai Setiausaha Pasca Siswazah yang baru.
Acara yang diikuti dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada ahli majlis BSU 2018/2019 dan menyampaikan Sijil Pelantikan kepada ahli majlis BSU sesi baru 2019/2020 yang disempurnakan oleh Puan Yang Terutama.