Friday, November 29, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis penganugerahan raikan 163 anak cemerlang anggota ABDB

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Seramai 163 pelajar cemerlang diraikan dalam Majlis Penganugerahan Anak-Anak Cemerlang Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang berlangsung di Auditorium Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu, hari ini.

    Majlis diadakan bagi menghargai pencapaian anak-anak anggota ABDB bagi tahun 2021, 2022 dan 2023.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian anugerah ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, pegawai-pegawai kanan, para ibu bapa serta penjaga kepada penerima-penerima anugerah.

    Pada majlis berkenaan, pelajar-pelajar yang diraikan menerima sijil dan hadiah atas keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan General Certificate of Education (GCE) ‘A’ Level, GCE ‘O’ Level, Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Pelajaran Tinggi Ugama Brunei (SPTUB), Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

    Majlis itu merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada anak-anak pegawai dan anggota ABDB yang telah memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang serta sebagai dorongan supaya mereka akan terus berusaha ke arah memacu kejayaan.

    Selain itu, majlis seumpamanya juga adalah sebagai dorongan kepada anggota-anggota ABDB untuk terus komited dalam memberi perhatian kepada pembelajaran anak-anak ke arah mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035 khasnya dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi menghadiri majlis penganugerahan berkenaan.

    Antara pelajar-pelajar yang menerima anugerah berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda