Majlis penghargaan DNV GL meriah

KUALA BELAIT, 6 MAC – DNV GL (B) mengadakan majlis malam penghargaan bersama MITS dengan tema ‘Hawaiian Luau Night’ di sebuah hotel terkemuka di Kuala Belait baru-baru ini.

Dalam ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Chua KP telah memaparkan kejayaan yang dicatat oleh syarikat serta komitmen kakitangan dalam sumbangan ke arah nilai-nilai utama syarikat.

Beliau berkata syarikat telah menggaji dan melabur dalam sejumlah kakitangan tempatan serta melatih mereka serta terlibat secara aktif dalam menggaji tiga siswazah i-Ready, sekali gus menunjukkan bahawa DNV GL (B) ialah sebuah syarikat yang melihat kepada masa depan dan mewujudkan peluang untuk semua terutamanya belia Brunei, menurut kenyatan yang diterima.

Majlis diteruskan dengan persembahan-persembahan menarik daripada Studio 96, Kris Karmila, Pink Vanilla dan cabutan bertuah. Acara kemuncak adalah penyampaian anugerah kepada pekerja yang telah lama berkhidmat dengan syarikat. Selain itu, syarikat juga meraikan ‘Zero LTI, One Million Man Hours’ yang telah dicapai oleh syarikat.

Para tetamu yang hadir turut dihiburkan oleh pengacara DJ Izan.

Chua KP menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis malam penghargaan yang berlangsung di hotel terkemuka di KB.