Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis penghargaan iktiraf sumbangan rakan industri

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Perkongsian kukuh dengan pihak berkepentingan adalah amat penting dalam memajukan pendidikan teknikal dan vokasional.

    Dalam hubungan itu, pihak berkepentingan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) memainkan peranan penting dalam membantu institusi berkenaan menyediakan latihan yang relevan dengan industri, meningkatkan kebolehpasaran pelajar serta mendorong inovasi.

    Penekanan itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IBTE dan Pengarah Pendidikan Teknikal, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli dalam ucapan alu-aluannya di Majlis Penghargaan Pihak Berkepentingan IBTE yang berlangsung di Hotel Mulia, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan dan menyempurnakan penyampaian sijil serta cenderamata penghargaan ialah Presiden Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei, Sr Haji Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abdul Rahman, yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah IBTE.

    Majlis berkenaan turut dihadiri oleh ahli-ahli lembaga pengelola IBTE, rakan industri dan rakan media.

    Sr Haji Mohammad Hanafi bergambar ramai pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Sr Haji Mohammad Hanafi semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada para wakil pihak berkepentingan yang diraikan pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Dalam ucapannya lagi, Dr Haji Mohd Zamri menyatakan pada awal 2025, IBTE telah melancarkan Pelan Strategik IBTE 2025-2030 di mana ia menekankan usaha untuk memperkasakan pelajar dengan kompetensi relevan industri menerusi kolaborasi dinamik dengan pihak berkepentingan dalam memupuk sebuah tenaga kerja yang boleh menyesuaikan diri serta amat kompeten.

    Misi itu menekankan bahawa pendidikan adalah amat berkesan apabila ia saling berkaitan kepada keperluan industri, berkaitan kepada aspirasi negara dan berkaitan kepada masyarakat, tekannya lagi.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderamata penghargaan kepada wakil-wakil pihak berkepentingan yang diraikan oleh Sr Haji Mohammad Hanafi.

    Majlis penghargaan itu bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan berharga daripada rakan industri PDEC, rakan industri MoU serta rakan media dalam menyokong pembangunan pelajar, memperkukuhkan jalinan antara pendidikan dan industri serta mempromosikan inisiatif IBTE kepada masyarakat umum.

    Majlis itu bermatlamat untuk menghargai kerjasama dan sokongan padu pihak berkepentingan IBTE, di samping mencerminkan komitmen IBTE untuk mengekalkan dan mengembangkan lagi kerjasama itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Strategik baharu IBTE 2025-2030.

    Melalui majlis penghargaan itu, IBTE sekali lagi menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama erat dengan pihak-pihak tertentu dalam memastikan tenaga kerja Brunei dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan ketahanan bagi memenuhi keperluan ekonomi yang sentiasa berkembang pesat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda