Jumaat, 21 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis penutup semarakkan semangat pengajian Al-Quran dewasa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Pelajar Kelas Dewasa Ar-Rahmaan dan Kelas Dewas Al-Waaqiah bagi kelas Dewasa Al-Quran Sekolah Ugama Lambak Kanan telah mengadakan majlis penutupan bagi menandakan berakhirnya sesi pembelajaran untuk tahun 2025, yang berlangsung di sekolah berkenaan, hari ini.

    Majlis tersebut diadakan bagi meraikan para peserta yang telah mengikuti kelas pengajian dengan komited sepanjang sesi, serta bagi menghargai usaha para pembimbing yang telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu Al-Quran.

    Kelas-kelas berkenaan telah dibimbing oleh Ustaz Mohd. Ariffin bin Haji Saili bagi Kelas Ar-Rahmaan dan Ustazah Nur Hazimah binti Awang Omar membimbing bagi kelas Al-Waaqiah yang berperanan mendalami pengajian Al-Quran termasuk pembacaan,tajwid dan tahsin kepada 23 pelajar lelaki dan 24 pelajar Perempuan.

    Majlis dimuatkan dengan bacaan tahlil, doa arwah dan bacaan doa selamat yang dikepalai oleh Ustaz Mohd. Ariffin Haji Saili.

    Majlis seumpama ini sekali gus menggalakkan budaya menuntut ilmu dalam kalangan masyarakat dewasa di samping sebagai menyuntik motivasi agar pengajian dan merapatkan dengan Al-Quran secara konsisten.

    Antara peserta kelas dewasa Al-Rahmaan.
    Antara peserta kelas dewasa Al-Waqqiah. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda