Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis penyampaian sijil penyertaan Maulud Nabi erat ukhuwah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 17 OKT – Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan bagi Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Daerah Belait bagi Tahun 1446H / 2024M, kelmarin, bertempat di Ballroom, Kafe dan Restoran Serikandi, Jalan Setia Diraja, Kuala Belait.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyampaikan sijil pada majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail.

    Majlis diselajurkan dengan pengisian ceramah khas disampaikan oleh Penolong Kanan Profesor, Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Harapandi bin Dahri.

    Antara lain majlis tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhuwah dan kerja berpasukan antara warga pejabat dan orang ramai.

    Ia juga sebagai penghargaan kepada pasukan-pasukan yang ikut serta dalam perhimpunan dan perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW tahun ini.

    Awang Misle menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Sesi bergambar ramai tetamu kehormat bersama para peserta. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda