Monday, November 25, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis penyampaian sijil suntik semangat pelajar

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Bagi menyuntik semangat para pelajar untuk terus berusaha dengan gigih dan belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam pembelajaran, seramai 118 pelajar cemerlang dalam akademik dari Tahun 1 hingga 5 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB), kelmarin telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik 2024.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar yang diraikan di majlis yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SR YSHHB, Hajah Suciyati binti Haji Sulaiman.

    Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi dalam ucapannya antara lain menggariskan bahawa majlis tersebut adalah sebagai sumber inspirasi, motivasi dan penggalak kepada murid-murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam pembelajaran mereka.

    Menurut beliau lagi, seramai 10 pelajar juga turut diberikan hadiah best score award bagi Program Myon and Renessaince.

    “Hadiah ini bertujuan untuk memupuk minat para pelajar untuk membaca dan meningkatkan kemahiran celik huruf, iaitu dalam bacaan dan kefahaman pelajar terhadap petikan atau buku yang dibaca,” jelasnya.

    Majlis juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar terbaik 2024, pelajar terbaik keseluruhan di setiap peringkat dan majlis juga diserikan dengan persembahan joget dari kelab tarian sekolah.

    Turut hadir di majlis itu ialah ibu bapa dan penjaga pelajar Tahun 1 hingga 5, Guru Besar Sekolah Ugama Yayasan, Timbalan Pengerusi PIBG, serta guru-guru sekolah berkenaan.

    Hajah Suciyati bergambar ramai bersama para pelajar yang menerima hadiah dan sijil pada majlis itu. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    GAMBAR SERAHAN SR YSHHB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda