Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis penyerahan jersi Alpha Challenge 2021

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Pasukan Yellow Pages mengesahkan penyertaan mereka dalam Alpha Challenge 2021, dengan tema Tri-Pha Series, tahun ini dengan cabaran Sentinel untuk 3km dan 5km yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

    Manakala cabaran Beta 10km akan diadakan Oktober ini dan cabaran Alpha 21km pada bulan Disember ini.

    Sehubungan dengan itu, sesi perjumpaan dan penyerahan jersi kepada para peserta telah diadakan di Pejabat Yellow Pages, hari ini. Penyerahan jersi tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Tele Directories (B) Sdn Bhd, James Lee.

    Semasa sesi perjumpaan itu, peserta berkongsi cogan kata dan pengalaman mereka untuk meletakkan tanggungjawab bermain secara adil dengan mempercayai antara satu sama lain.

    Peserta cabaran ini turut menjelaskan bahawa mereka telah melakukan beberapa latihan secara mental dan fizikal dengan memberi penekanan kepada disiplin diri.

    Peserta juga telah diberikan penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan dan garis pandu yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa yang lain selain mengucapkan terima kasih kepada D’Sunlit kerana telah menganjurkan Alpha Challenge 2021.

    James Lee semasa menyampaikan jersi kepada pasukan Yellow Pages.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda