Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Perbarisan Penubuhan Jabatan Penjara ke-71

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara ke-71, Tahun 2025, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kelmarin mengadakan majlis perbarisan bertempat di Padang Kawad, Pusat Latihan, Jabatan Penjara.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan anggota Jabatan Penjara oleh tetamu kehormat.

    Majlis seterusnya dilanjutkan dengan ucapan daripada tetamu kehormat.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri seterusnya berkesudian menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara bagi tahun 2024 dan tahun 2025 dan menyaksikan sebuah demonstrasi oleh anggota Gerakan Khas Jabatan Penjara.

    Bagi memberkati majlis Doa Selamat telah dibacakan oleh Pegawai Penjara, Awang Mohd Hafizuddin bin Awang Haji Madoon.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai KHEDN, ketua-ketua cawangan daripada agensi-agensi kerajaan Daerah Tutong, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan jemputan jemputan khas lain.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin memeriksa barisan dalam acara tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Perbarisan yang dijalankan oleh anggota Jabatan Penjara dalam acara berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda