Sunday, October 6, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Perhimpunan Depot eratkan silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI  – Lebih 100 orang mantan ahli-ahli Depoh Logistik, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menghadiri majlis perhimpunan yang berlangsung disalah sebuah hotel di Kiulap hari ini.

    Majlis berkenaan diisi dengan bacaan tahlil bagi mantan ahli-ahli logistik yang telah kembali ke Rahmatullah diteruskan dengan meraikan saudara baharu sempena Sambutan Ilal Hijrah 1446 dan seterusnya beramah mesra sesama ahli.

    Salah seorang mantan depoh logistic saudara baharu yang diraikan dalam majlis itu.

    Antara lain tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan mantan ahli Depoh Logistik seterusnya bertukar-tukar idea dan aktiviti setelah bersara dan mengimbas semula kenangan semasa bertugas satu ketika dahulu.

    Gambar ramai ahli wanita pada majlis itu.

    Majlis bacaan surah Al Fatihah dipimpin oleh Haji Alias bin Haji Bakar yang juga memimpin bacaan Tahlil dan Doa Awal Tahun Hijrah 1446.

    Gambar ramai ahli lelaki pada majlis itu.

    Antara yang hadir di majlis itu adalah Penaung Majlis, Haji Muslim bin Haji Tengah dan juga selaku penyampai cenderahati kepada saudara baharu di majlis berkenaan.

    Penaung Majlis, Haji Muslim Haji Tengah ketika menyampaikan ucapan dalam perhimpunan itu. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda