Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Perjumpaan bersama His Majesty King Charles III

    Oleh Syahmi Hassan

    WINDSOR, UNITED KINGDOM, 14 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini, berkenan berangkat mengadakan Majlis Perjumpaan bersama His Majesty King Charles III, King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, yang berlangsung di Oak Room, Windsor Castle, United Kingdom (UK).

    KDYMM Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama His Majesty King Charles III di Windsor Castle, United Kingdom. Gambar serahan: INFOFOTO

    Semasa majlis perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan His Majesty King Charles III antara lainnya menyentuh mengenai perkara-perkara bagi memperkukuhkan kerjasama hubungan dua hala dalam pelbagai bidang di antara Negara Brunei Darussalam dan UK termasuk kesejahteraan rakyat, di samping memberi peluang bagi Baginda berdua untuk beramah mesra dan mengeratkan lagi hubungan muhibah dan silaturahim kerabat diraja antara kedua-dua buah negara.

    Majlis itu menandakan perjumpaan rasmi buat kali pertama antara Baginda Sultan dan His Majesty the King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland sejak His Majesty King Charles III menaiki takhta kerajaan pada 8 September.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda