Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Majlis Doa Kesyukuran sempena 20 tahun pengambilan ke-123 anggota lelaki dan pengambilan ke-45 anggota wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah diadakan baru-baru ini, diteruskan dengan Majlis Tahlil di The Capital Residence, di ibu negara.
Majlis yang diteruskan dengan bacaan tahlil dan Doa Selamat untuk anggota yang telah kembali ke rahmatullah itu kali pertama diadakan di mana perancangan sebelum ini dilaksanakan semasa perkhidmatan 18 tahun tapi disebabkan pandemik, ia terpaksa ditangguhkan.
Selain untuk mengeratkan lagi talian silaturahim setelah sekian lama menamatkan latihan rekrut pada 2004, majlis perjumpaan itu juga menjadi platform bertukar-tukar pandangan dan idea sekali gus dapat berkongsi semula kenangan semasa latihan rekrut satu ketika
dulu.


