Saturday, July 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis perjumpaan semula kongsi kisah nostalgia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Ahli Jawatankuasa Kecil Mantan Penuntut Sekolah Menengah Melayu Muda Hashim Tutong (SMMMHT) dari Daerah Brunei, Belait dan Tutong baru-baru ini telah mengadakan majlis perjumpaan semula yang berlangsung di sebuah restoran di Daerah Tutong.

    Majlis tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, di samping menyempurnakan bacaan tahlil dan Doa Arwah khas buat guru-guru serta rakan-rakan mantan penuntut SMMMHT yang telah kembali ke rahmatullah.

    Bacaan tahlil diketuai oleh Haji Mohammad bin Haji Abdul Rahman.

    Antara yang hadir semasa majlis perjumpaan semula tersebut, baru-baru ini.

    Selain menyemai nilai keinsafan dan penghargaan terhadap jasa para pendidik serta rakan-rakan yang telah tiada, penganjuran majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mantan pelajar setelah sekian lama tidak berjumpa sejak zaman persekolahan.

    Suasana majlis diserikan lagi dengan sesi ramah mesra dan perkongsian nostalgia, yang menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam kalangan mantan penuntut dari pelbagai generasi.

    Pihak penganjur berharap agar ikatan ukhuwah yang terjalin ini akan terus dipelihara dan diteruskan melalui pertemuan berkala pada masa akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda