Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Majlis Perlembagaan Perancis lulus pilihan raya kilat

    PARIS, 21 JUN – Majlis Perlembagaan Perancis menolak semua bantahan terhadap penjadualan saat-saat akhir pilihan raya parlimen dalam keputusan, kelmarin.

    Tarikh akhir tidak melanggar perlembagaan dan tidak menjejaskan keseriusan pilihan raya, kata Majlis Perlembagaan.

    Presiden Emmanuel Macron menyeru pilihan raya kilat Dewan Negara selepas kekalahannya yang teruk kepada golongan nasionalis sayap kanan dalam pilihan raya Parlimen Eropah awal bulan ini.

    Pengundi akan keluar mengundi dalam dua peringkat pada 30 Jun dan 7 Julai.

    Majlis Perlembagaan telah menerima aduan yang mempersoalkan kesahihan tarikh akhir yang singkat untuk menganjurkan dan mengadakan pilihan raya.

    Parti-parti mempunyai masa sehingga Ahad untuk menyusun senarai calon mereka bagi kawasan pilihan raya dan kini dalam mod kempen pilihan raya.

    Bimbang terhadap parti berhaluan kanan, ratusan ribu orang turun ke jalanan hujung minggu lepas untuk memprotes.

    Kelmarin, ratusan orang di bandar pelabuhan Marseille juga menyahut seruan kesatuan sekerja CGT untuk memprotes terhadap parti sayap kanan Marine Le Pen, Parti National Rally. – Bernama

    Presiden kumpulan sayap kanan Perancis, Marine Le Pen menyampaikan ucapan semasa mesyuarat kempen untuk pilihan raya parlimen kesatuan Eropah di Perpignan, pada Mei 1. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS dan Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baharu hari ini, kata Ketua Turus Tentera Seoul, ketika sekutu-sekutu...