Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis perpisahan buat Duta Iran

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Homeira Rigi yang akan menamatkan perkhidmatannya, dan suami, Farough Hout telah diraikan pada majlis makan malam perpisahan di Hotel Radisson, semalam.

    Majlis berkenaan dihoskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Qatar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jassim Ali Al-Obaidli.

    Dalam ucapannya, TYT Jassim Ali Al-Obaidli mengongsikan bahawa PYT Homeira telah memberikan khidmat terbaik selama berkhidmat bagi memenuhi kepentingan kedua-dua buah negara.

    Tuan Yang Terutama juga menyentuh tentang persahabatan diplomat Iran di Brunei dan menyatakan ia adalah kerjasama yang sangat baik.

    Majlis makan malam terdahulu dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan penyampaian cenderahati kepada PYT Homeira.

    Seterusnya Puan Yang Terutama turut menyampaikan ucapan perpisahan, di mana beliau merafakkan junjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

    Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja atas sokongan berterusan yang diberikan.

    “Sepanjang saya berkhidmat, saya fokus kepada satu perkara yang sangat penting, iaitu mengeratkan hubungan silaturahim antara Iran dan Negara Brunei Darussalam dengan menyebarkan mesej tentang keamanan,” ujar PYT Homeira.

    Dengan adanya majlis makan malam perpisahan itu, ia menunjukkan bahawa persahabatan Iran dengan wakil-wakil dari negara-negara lain adalah sangat baik, dan berharap ia akan sentiasa erat serta akan terus berkembang maju.

    Turut hadir ialah ketua-ketua perwakilan negara luar ke Brunei, dan para jemputan khas.

    PYT Homeira menerima cenderhati daripada TYT Jassim Ali Al-Obaidli. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Ucapan perisahan daripada PYT Homeira. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Antara wakil diplomat yang hadir pada majlis makan malam perpisahan di Hotel Radisson kelmarin. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda