Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Persantapan Diraja sempena Keberangkatan Negara

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Negara Brunei Darussalam, di Istana Nurul Iman, hari ini.

    Berangkat sama ke Majlis Persantapan Diraja tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

    Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Berangkat mengiringi Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar, Tunku Temenggong Johor.

    Majlis Persantapan Diraja dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong berada di negara ini selama tiga hari sempena Keberangkatan Negara, dan ini adalah lawatan negara pertama Baginda berdua ke Brunei sejak menaiki takhta pada 20 Julai lalu.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Keberangkatan Negara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Negara Brunei Darussalam, di Istana Nurul Iman, semalam. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Keberangkatan Negara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Negara Brunei Darussalam, di Istana Nurul Iman. Berangkat sama ke Majlis Persantapan Diraja tersebut, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan YAM Tunku Idris Iskandar. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri, Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menadah tangan semasa Majlis Persantapan Diraja di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa majlis itu. Turut berangkat DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: Antara tetamu-tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda