Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis pertemuan komuniti Singapura

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob telah mengadakan majlis pertemuan dengan komuniti Singapura dalam satu majlis makan malam di Indera Kayangan, Empire Hotel and Country Club, Jerudong, malam tadi.

    Ketika berucap pada majlis yang dihadiri lebih 200 orang itu, PYT Halimah Yacob menyentuh mengenai hubungan rapat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

    Menurut PYT lagi, kedua-dua negara mempunyai hubungan yang sangat istimewa dan berharap dengan lawatan yang julung kali diadakan ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan sedia seperti dalam bidang pertahanan, pendidikan dan banyak lagi.

    PYT Halimah Yacob dan suami, Mohamed bin Abdullah Alhabshee serta rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan negara selama empat hari bermula 11 Mei lalu.

    Sebelum ini, PYT dalam rangka lawatan berkenaan juga mengadakan lawatan ke Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Kampung Tanah Jambu kelmarin.

    PYT Halimah Yacob menerima buku daripada Pemerintah ABDB semasa lawatannya ke Akademi Pertahanan, ABDB di Kampung Tanah Jambu. – Gambar oleh Infofoto
    PYT Halimah Yacob beramah mesra bersama masyarakat Singapura dalam majlis pertemuan tersebut. – Gambar oleh Rahwani Azahari

    Sejurus tiba, PYT disambut oleh Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Pendidikan, Dato Paduka Haji Hamzah bin Sulaiman dan isteri serta Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, TYT Haji Awang Saifulbahri bin Haji Mansor dan isteri.

    Turut menyambut ketibaan PYT ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud; setiausaha-setiausaha tetap Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan timbalan-timbalan setiausaha tetap Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

    PYT kemudian memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei sebelum diberikan taklimat mengenai Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja