Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Pertemuan Semula bekas penuntut Berakas English School

    Oleh Pengiran Haji Noorezamy Pengiran Haji Othman

     

    MAJLIS Pertemuan Semula bagi bekas-bekas penuntut Berakas English School dari awal tahun 1980-an hinggalah awal tahun 1990-an telah diadakan buat julung kalinya dan dikendalikan oleh ahli jawatankuasa XBES yang terdiri daripada bekas-bekas penuntut itu sendiri yang mana dipengerusikan oleh Awang Jamil@Muda bin Haji Ahmad. Dengan menggunakan aplikasi canggih media sosial pada hari ini, ahli jawatankuasa telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 20 bekas-bekas guru termasuklah bekas pengetua serta 100 bekas-bekas penuntut di sekolah tersebut.

    Tujuan pertemuan

    Majlis ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara bekas-bekas guru dan bekas-bekas pelajar yang telah lama meninggalkan alam persekolahan. Antara program-program yang dijalankan dalam majlis tersebut ialah ucapan daripada pengerusi majlis, ucapan daripada mantan Pengetua Sekolah, Haji Akip bin Haji Burut dan seterusnya penyampaian cenderahati, acara pertukaran hadiah di antara bekas pelajar serta persembahan nyanyian daripada bekas-bekas pelajar bagi memeriahkan lagi majlis pertemuan tersebut.

    Gambar ramai di antara mantan Pengetua, mantan-mantan guru dan ahli jawatankuasa XBES serta di antara mantan-mantan penuntut Berakas English School yang hadir pada majlis tersebut.
    Gambar ramai di antara mantan Pengetua, mantan-mantan guru dan ahli jawatankuasa XBES serta di antara mantan-mantan penuntut Berakas English School yang hadir pada majlis tersebut.

    Selain itu, bekas-bekas penuntut sekolah tersebut turut aktif dalam mengadakan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan sama ada di dalam negara mahupun di luar negara.

    Kini, kebanyakan bekas-bekas pelajar sudah berkhidmat di Perkhidmatan Awam dan juga di sektor swasta malah ada juga yang menjawat jawatan yang tinggi. Sebelum majlis pertemuan itu berakhir, bekas-bekas pelajar merakam gambar ramai sebagai kenangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda