Oleh Haji Ali bin Mustapa –
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Kira-kira 50 orang telah hadir ke majlis pertemuan semula yang terdiri daripada mantan-mantan kerani Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), mantan pegawai-pegawai dan mantan pegawai-pegawai waran dan pegawai-pegawai tidak bertauliah (PTB) kanan askar wanita, baru-baru ini.
Majlis yang diadakan di Hotel Jeruton, Kampung Jerudong itu diselaraskan oleh PW1 (B) Haji Ali bin Mustapa.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis itu ialah Mejar (B) Haji Jair bin Haji Abdul Wahab iaitu mantan pegawai ABDB dan mantan ketua kampung yang telah berkesudian untuk menyampaikan ucapan alu-aluan demi memupuk semangat setiakawan serta memberikan nasihat yang baik kepada mantan-mantan ABDB lain.
Majlis pertemuan mantan kerani ABDB itu juga diteruskan sempena sambutan Ilal Hijrah 1446 dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh PW1 (B) Haji Ismail bin Haji Ohsali.
Majlis diikuti dengan jamuan dan beramah mesra untuk mengeratkan silaturahim sesama mereka.
