BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Mantan–mantan Platun Semboyan, Batalion Kedua, Perkhemahan Tutong baru–baru ini telah mengadakan Majlis Minum Petang dan Tahlil di salah sebuah restoran di Kampung Katimahar.
Pengerusi majlis, Sjn (B) Rabaha bin Galis dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa majlis diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara mantan–mantan platun yang telah bersara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil diketuai oleh PW2 (B) Haji Masri bin Haji Abdullah. Ini adalah perjumpaan kali pertama di antara ahli–ahli Platun Semboyan selama lebih 20 tahun yang dihadiri seramai 45 orang. Majlis tersebut berjalan dengan jayanya dan diharapkan agar dapat diteruskan sebagai acara tahunan di masa akan datang.
