Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis promosi bahasa Hindi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Suruhanjaya Tinggi India dengan kerjasama sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) telah menganjurkan acara Hari Hindi Sedunia edisi ke-5 kelmarin.

    Acara tersebut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi India, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar, selaku tetamu kehormat. Turut hadir ialah wakil dari Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam, penolong pengarah urusan, ketua pegawai eksekutif dan pengetua sekolah menengah, rendah dan tadika YSHHB, pengerusi-pengerusi, naib pengerusi dan setiausaha persatuan ibu bapa dan guru.

    Menurut kenyataan yang diterima Suruhanjaya Tinggi India, seramai 10 pelajar dari sekolah rendah, sembilan pelajar dari sekolah menengah dan tiga anggota fakulti telah mengambil bahagian dalam acara tersebut. Mereka mendeklamasikan sajak, menyanyi lagu dan mengadakan dialog dari filem popular Bollywood. Selain itu, 14 pelajar dari sekolah tadika juga mengadakan persembahan yang memukau penonton.

    Dalam ucapan,TYT Ajaneesh Kumar mengatakan bahawa Kementerian Hal Ehwal Luar kerajaan India telah menganjurkan banyak program khas untuk mempromosi bahasa Hindi menerusi misi kedutaannya di luar negara yang melibatkan diri dengan institusi pendidikan tempatan dengan mengadakan program khas yang menekankan kepentingan bahasa Hindi.
    Matlamat di sebalik Sambutan Hari Hindi Sedunia 2021 adalah untuk mempromosi dan menyebarluaskan bahasa pada peringkat global.

    Tuan Yang Terutama juga merakamkan rasa penghargaannya atas persembahan-persembahan menarik daripada pelajar sekolah YSHHB.

    Hadiah wang tunai, sijil dan buku-buku disampaikan oleh tetamu kehormat kepada 16 orang pelajar dan tiga anggota fakulti yang memenangi tiga kategori acara yang dipertandingkan.

    TYT Ajaneesh Kumar bergambar bersama tetamu dan pelajar semasa Sambutan Hari Hindi Sedunia. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda