Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Majlis rai 280 pelajar Pasukan Beruniform UNISSA

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Seramai 280 orang pelajar yang merupakan anggota pasukan beruniform Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah diraikan pada majlis penghargaan yang berlangsung di Tokyo Hall, Airport Mall, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penghargaan Pasukan Beruniform UNISSA itu ialah Rektor UNISSA Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Pasukan Beruniform UNISSA terdiri daripada Pasukan Kadet Tentera, Pasukan Kadet Bomba, Pasukan Kadet Polis, Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Pengakap dan Platun Bulan Sabit Merah. 

    Majlis berkenaan menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli pasukan beruniform yang telah berkhidmat dan pernah mengharumkan nama UNISSA serta penghargaan kepada tenaga pengajar daripada setiap pasukan.

    Turut disampaikan adalah Anugerah Pemimpin Terbaik kepada enam orang pemimpin daripada setiap pasukan beruniform. Antara lain tujuan majlis berkenaan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pasukan-pasukan beruniform dengan persembahan daripada setiap pasukan yang diikuti dengan sesi cabutan bertuah. 

    Di samping itu, ia juga dihasratkan dapat melahirkan individu-individu yang aktif, berdisiplin, bersemangat dan berdikari yang boleh memikul peranan kepimpinan dan bekerjasama baik dengan orang lain. 

    Dr Haji Norarfan bergambar bersama tenaga pengajar dan Pasukan Beruniform UNISSA.
    Sebahagian daripada persembahan Pasukan Beruniform UNISSA.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...