Monday, July 28, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis rai 63 pelajar cemerlang

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Seramai 63 orang murid cemerlang dari sekolah-sekolah agama di Daerah Tutong telah menerima anugerah penghargaan pada Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah 6 Tahun 1445H/2024M yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Tutong.

    Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Pegawai Pengajian Islam Daerah Tutong, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Hajah Norhayati binti Haji Sawal.

    Majlis berkenaan diungkayahkan oleh Jawatankuasa Guru-guru Ugama Daerah Tutong bagi meraikan pencapaian para pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang Gred 1 Agregat 5 dalam peperiksaan SSSRU tahun lalu.

    Di samping itu, majlis turut menghargai pencapaian sekolah-sekolah yang berjaya mencapai 100 peratus kelulusan, sekali gus memberi dorongan kepada para pelajar lain untuk terus berusaha dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi selain memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk menyumbang kepada kejayaan pendidikan anak-anak di Daerah Tutong.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa, disusuli dengan persembahan tausyeh oleh para pelajar.

    Seterusnya ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Guru-guru Sekolah Ugama Daerah Tutong, Haji Shaiful Rizal bin Haji Marsal, selaku pengerusi majlis
    Acara kemuncak majlis menyaksikan tetamu khas menyempurnakan penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang dan sekolah-sekolah yang diraikan.

    ATAS & BAWAH: Hajah Norhayati menyampaikan anugerah penghargaan kepada salah seorang murid Darjah 6 semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Hajah Norhayati semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Haji Shaiful Rizal semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH: Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja