Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis rai mantan penghulu Mukim Berakas B

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Majlis perpisahan telah diadakan bagi mantan Penghulu Mukim Berakas B, Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon yang telah bersara, di Hotel Al-Afiah, Kiulap, kelmarin.

    Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Berakas B.

    Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum ucapan Timbalan Pengerusi MPM Berakas B, Haji Mohd Yassin bin Haji Said, dan seterusnya ucapan oleh Pengiran Haji Ali yang antara lain bercakap mengenai kerjayanya yang membawa kepada menjadi penghulu Mukim Berakas B.

    Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Pengiran Haji Ali (kiri) menerima cenderahati daripada MPM Berakas B. – Gambar oleh Izah Azahari
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda