Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis rai pemenang Kempen Aspirasi 5

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Lima pelanggan bertuah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) membawa pulang wang tunai $10,000 setiap seorang sebagai pemenang Cabutan Suku Kedua Kempen BIBD Aspirasi 5 pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Bangunan PGGMB di ibu negara, hari ini.

    Majlis berkenaan turut menyaksikan 35 orang pemenang bertuah masing-masing memenangi $1,000 setiap seorang sebagai sebahagian daripada cabutan bulan keenam kempen berkenaan.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang bertuah berkenaan ialah Timbalan Ketua Perbankan Runcit Kumpulan, Clevy Syabil Ariffin bin Jamil. Turut hadir ialah pasukan pengurusan dan kakitangan BIBD.

    Program BIBD Aspirasi yang kini dalam kitaran kelima, telah menghadiahkan lebih 1,600 orang pemenang dengan hadiah keseluruhan berjumlah $3.6 juta sejak ia mula diperkenalkan.

    Para pemenang telah dipilih daripada kumpulan pelanggan yang telah melanggan kepada BIBD Aspirasi dengan tempoh pegangan minimum 90 hari.

    Nombor-nombor sijil yang layak telah dicabut semasa acara langsung pada minggu lalu dengan cabutan berasingan diadakan hari ini untuk menentukan pemenang-pemenang bulanan dan suku tahun.

    Timbalan Ketua Perbankan Runcit Kumpulan BIBD, Clevy Syabil Ariffin bin Jamil ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelanggan bertuah yang membawa pulang wang tunai $10,000 sebagai pemenang Cabutan Suku Kedua Kempen BIBD Aspirasi 5 pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Bangunan PGGMB di ibu negara, kelmarin. – Gambar Muiz Matdani
    Clevy Syabil Ariffin bergambar bersama para pemenang pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Bangunan PGGMB di ibu negara, kelmarin. – Gambar Muiz Matdani
    ATAS & BAWAH: Clevy Syabil Ariffin menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah $1,000 pada majlis berkenaan. – Gambar Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda