Oleh Yusrin Junaidi –
Dayang Norita binti Othman membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai $15,000 selepas diumumkan sebagai pemenang bertuah Cabutan Hadiah Kempen Big Win anjuran Progresif bagi kitaran kedua, pada majlis yang berlangsung di Pentas Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, kelmarin.
Puluhan pelanggan Progresif memenangi hadiah-hadiah berjumlah lebih $50,000, termasuk hadiah wang tunai, gajet premium dan peralatan elektronik.


