Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Majlis penyampaian hadiah bagi menandakan penyertaan Bank Baiduri dalam Kejohanan BN On The Move (BNOTM) Kementerian Kesihatan 2024 telah diadakan di Baiduri Community Space, Ibu Pejabat Bank Baiduri, baru-baru ini.
Tahun ini, Bank Baiduri mendapat tempat kedua untuk Most Engaged Team dalam kategori sektor swasta. Seramai 678 ahli pasukan telah mengambil bahagian secara aktif, mewakili kira-kira dua pertiga daripada tenaga kerjanya, bank berkenaan telah mengukuhkan komitmennya untuk memupuk budaya kesihatan dan kesejahteraan.
Dalam ucapan perasmian, Ketua Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan di Bank Baiduri, Veronica Chong, menyatakan dengan menyertai Kejohanan BNOTM mencerminkan komitmen mereka untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat sejajar dengan Wawasan Brunei 2035.