Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Sumbangan cemerlang rakan-rakan kongsi Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) amat dihargai dan telah diraikan dalam Majlis Penghargaan dan Anugerah Business Partner Excellence Awards 2025 yang berlangsung di Tarindak d’Polo, Jerudong, hari ini.
Hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah dan Shell Country Chair Brunei Darussalam, Henry Frank Bristol.
Pengarah Urusan BSM, Kapten Mohammed Alexirwan Omar mengetengahkan pencapaian serantai BSM menerusi pengiktirafan serantau BSM di Shell Marco Distribution Asia Pacific Awards pada 2024 iaitu Best Dealer Marketing Manager dan Best Digital Marketing Award.
Beliau menyatakan pencapaian berkenaan mencerminkan kerjasama dan kepercayaan yang dikongsi dengan rakan-rakan kongsi pernia-gaan serta pelanggan yang amat dihargai serta menandakan intipati slogan BSM, Moving Forward with You.
“Kejayaan BSM merupakan satu kejayaan usaha kolaboratif kami dalam industri dan adalah amat wajar kemenangan itu juga dikongsi bersama,” tambahnya.
Acara kemuncak bagi majlis penghargaan berkenan merupakan penyampaian anugerah-anugerah, Business Partner Excellence Awards yang memberikan pengiktirafan prestasi cemerlang dalam pelbagai kategori dengan anugerah-anugerah disampaikan oleh Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi dan Henry Frank Bristol.
Anugerah-anugerah yang disampaikan termasuk Highest Lubricant Sales for Shell Mobility Station – Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad (Ko-PPMB); Most Improved Shell Mobility Retailer – Syarikat Stesyen Minyak Telisai Sdn Bhd; Best Shell Mobility Service Champion of 2024 – Awangku Muhammad Abdul Wadud bin Pengiran Abdul Azijis dari Koperasi Persatuan Tiba (KOTIBA) dengan Tanggungan Berhad; Shell Excellence in Partnership Award – NBT (Brunei) Sdn Bhd, Boustead Sdn Bhd, Setia Motors Sdn Bhd, Maju Motors Sdn Bhd, Happy Motoring Company Sdn Bhd dan QAF Auto Sdn Bhd; Top Shell Distributor Reseller of the Year – Yuan Thong Enterprise, UZ Enterprise dan Pogun Enterprise; Shell Brand Partnership Award – Setia Motors Sdn Bhd dan Boustead Sdn Bhd; Shell Helix Breakthrough Award – Premier Motor Co Sdn Bhd; Best Shell Mobility Service Champion – KOTIBA dengan Tanggungan Berhad; Best Shell Mobility Operational Excellence – Cahaya Pakatan Berhad; Best HSSE Shell Mobility Retailer – Lumut Petrol Service Station; Best Fuels Shell Mobility Retailer – IBA Petrol Station Sdn Bhd; Best LPG Operational Excellence – Overseas Agency Co Sdn Bhd; Shell Brand Partnership – Setia Motors Sdn Bhd & Boustead Sdn Bhd; Shell Helix Breakthrough – Premier Automobiles Sdn Bhd; Best Performing Business Partner – NBT (Brunei) Sdn Bhd; serta Shell Excellence in Highest Sales – NBT (Brunei) Sdn Bhd.
Sehubungan itu, BSM terus komited untuk memperkukuhkan kerjasama, memacu inovasi dan memastikan kemampanan jangka panjang dalam sektor tenaga Brunei.