Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Seramai tiga orang bakal jemaah haji dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya akan menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1446H/2025M petang tadi diraikan dalam sebuah Majlis Doa Selamat yang diadakan di Dewan Citra Budaya, KKBS.
Hadir bagi menyempurnakan majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Kerja (Perantis), Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, KKBS, Awang Muhammad Afif bin Ali.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri KKBS.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya serta bakal-bakal jemaah haji.