Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis rai ulang tahun ke-33 penubuhan Perbadanan TAIB

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Sempena memperingati pelancaran rasmi organisasi Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) yang ditubuhkan pada 29 September 1991, organisasi tersebut dan anak-anak syarikatnya, merangkumi Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd, Darussalam Holdings Sdn Bhd dan TAIB Filling Station Sdn Bhd petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat di Masjid Az-Zakireen, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Meragang.

    Majlis sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-33 tahun itu dihadiri oleh tetamu khas, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Penasihat Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Imam Tingkat II, Masjid Az-Zakireen, RPN Kampung Meragang, Haji Shahbirin bin Haji Mohd Noor, diikuti dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Az-Zakireen, RPN Kampung Meragang, Haji Nurhidayatullah bin Haji Zulkifilee.

    Acara tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Pegawai Eksekutif, Jabatan Syariah, Perbadanan TAIB, Haji Mohd Yusruddin bin PSKDPSS Dr Ustaz Haji Yahya.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Penolong Mufti (‘Ifta) selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB, Dato Seri Setia Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah; ahli-ahli lembaga pengarah, ahli-ahli jawatankuasa penasihat syariah, pengarah-pengarah urusan, pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya.

    Pada masa penubuhannya, Perbadanan TAIB merupakan peneraju di Brunei sebagai institusi kewangan pertama yang menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan selaras dengan prinsip-prinsip Islam.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menunaikan solat bersama jemaah lain pada majlis itu. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda